Blog Archive

UNSUR SENI (GARISAN)

  Garisan

  •  Garisan ialah satu siri titik-titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu bagi mewujudkan garisan 
  • Garisan dihasilkan menggunakan alat atau media tertentu
  • Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa jalinan, ton, corak dan untuk menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan
  • Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan perasaan seseorang dalam sesebuah karya 
  • Garisan terdapat pada benda alam semulajadi dan benda buatan manusia.
 
Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia
 
 Garisan jalan raya


Garisan pada tayar

Contoh Garisan Pada Alam Semulajadi
  • Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya.

Garisan pada urat daun


Garisan pada harimau

Jenis-jenis Garisan

1.       Garisan halus
2.      Garisan tebal
3.      Garisan beralun
4.      Garisan berpancar
5.      Garisan berlingkar
6.      Garisan berserabut
7.      Garisan bersudut-sudut
8.      Garisan bergerigi
9.      Garisan berbiji
10.    Garisan berbulu
11.      Garisan putus-putus
12.     Garisan berduri
 

Fungsi Garisan
     1. Garisan menimbulkan rupa.  
    2. Garisan menimbulkan bentuk.  
    3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
    4. Garisan mewujudkan ruang.
    5. Garisan menghasilkan jalinan.
    6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
    7. Garisan mewujudkan ton.                 
    8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
 
 


No comments:

Post a Comment