Blog Archive

TEKNIK PAPIER MACHE

 

Apakah itu papier mache ?

Paper mache berasal dari Bahasa Perancis lama yang bermaksud kertas yang yang telah dihancurkan sehingga lumat untuk menghasilkan barangan kraf. Papier mache ialah lapisan kertas yang disapu dengan air dan bahan pelekat untuk membentuk sesuatu objek.
 
 
Alat dan bahan yang diperlukan :
  1. Suratkhabar/tisu/kertas/tray telur
  2. Gam pelekat
  3. Air
  4. Berus warna
  5. Cat air
  6. Botol atau apa-apa bekas yang sesuai
 
Langkah-langkah penghasilan karya papier mache
  1. Koyakkan suratkhabar/tisu/tray telur (mana-mana bahan ini)
  2. Rendam dalam sedikit air
  3. Perah hasil bahan yang dikoyak dan direndam tadi kemudian gaul dengan gam pelekat dalam sebuah bekas.
  4. Letakkan bahan tersebut di sekeliling botol atau apa-apa bekas.
  5. Jemur sehingga kering.
  6. Cabut daripada botol.
  7. Akhir sekali, warna dan hasilkan corak mengikut kreativiti.

Contoh-contoh karya papier mache :

 Bubur Adalah Bahan Kerajinan Dari 

berbagi gagasan: Paduan limbah kertas, limbah kemasan makanan (Fringler,  Susu Ultra / Buavita/Es Krim Wallz) dan bunga kering jadi handycraft cantik 

Cawan Teh Kertas Mache | 2021

No comments:

Post a Comment