Blog Archive

GOSOKAN

 Apakah itu gosokan?         

- Menurut Kamus Dewan, gosokan bermaksud perbuatan menggesel sesuatu di atas permukaan.
- Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
- Teknik gosokan adalah cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai-bagai jalinan pada sesuatu permukaan.
- Murid boleh menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.
- Hasil cetakan boleh dibuat dengan menggosok dakwat,pensel atau kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.

Teknik-teknik gosokan
·    1. Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
·    2. Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali
·    3. Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
·    4. Gosokan secara pusingan
·    5. Gosokan menggunakan berbagai-bagai warna
·    6. Gosokan monokrom (menggunakan warna putih dan hitam sahaja)
·    7. Gosokan potongan kertas


Penerokaan alat dan bahan semasa menghasilkan karya menggunakan teknik gosokan
·   - Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus.
·   - Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama.
·  - Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan.
·  - Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak.
·  - Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut.

Contoh-contoh karya menggunakan teknik gosokan

 

No comments:

Post a Comment