PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
- Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.
- Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,
memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan matapelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif,
ekspresif dan aktif.
- Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
- Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiranbefikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
- Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantumurid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapatmenyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid
boleh:1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis,
kreatif dan
menyeronokkan.
3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.
3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.
4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat
dan selamat.
7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri
dan bertanggungjawab.
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.
9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan
seni visual.
10.Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan
yang berfaedah.
KANDUNGAN
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat
bidang kegiatan iaitu:1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional
Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara
aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni
visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.
BIDANG 1 : MENGGAMBAR
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan
kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan
membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek
ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang
ini ialah:
1.1 Lukisan
1.2 Catan
1.3 Kolaj
1.4 Montaj
1.5 Cetakan
1.6 Resis
1.7 Gosokan
1.8 Stensilan
1.9 Percikan
1.10 Gurisan
1.11 Capan
1.12 Mozek
1.13 Poster
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.
Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai
alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan
pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui
pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan
ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran
terhadap asas seni reka seperti warna,garisan, susunan dan kesannya. Ini akan
membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang
dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai
satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara
seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
BIDANG 2 : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara
untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan
lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada
manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya
melalui kegiatan seperti:
2.1 Corak tidak terancang secara:
2.1.1 Pualaman
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.1.4 Ikatan dan celupan
2.1.5 Renjisan dan percikan
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.1.4 Ikatan dan celupan
2.1.5 Renjisan dan percikan
2.2 Corak terancang secara:
2.2.1 Lukisan
2.2.2 Catan
2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.5 Lipatan dan guntingan
2.2.6 Resis
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi
2.2.2 Catan
2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.5 Lipatan dan guntingan
2.2.6 Resis
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak
dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan
mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu.
Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak
terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik
tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
pergerakan, peragaan dan lakonan.
BIDANG 3 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid
terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan
kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih
jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang
kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid
dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini
memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan
bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi
aktiviti seperti:
3.1 Arca timbul
3.2 Asemblaj
3.3 Mobail
3.4 Stabail
3.5 Model
3.6 Diorama
3.7 Boneka
3.8 Topeng
3.9 Origami
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat
rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran
bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi
hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh
dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian
dan cerita.
BIDANG 4 : MENGENAL KRAF TRADISIONAL
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni)
yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat
yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan
kraf tradisional seperti:
4.1 Alat domestic
4.2 Alat permainan
4.3 Alat pertahanan diri
4.4 Perhiasan diri (ornament)
4.5 Batik
4.6 Tekat
4.7 Ukiran
4.8 Tenunan
4.9 Anyaman
4.10 Tembikar